ahlan wasahlan!

selamat datang!

Jumaat, 17 Disember 2010

"Study Smart Pray Hard"

Di sini kali ini saya ingin berkongsi beberapa maklumat tentang bagaimana untuk menjadi pelajar yang cemerlang.  Sudah tentu semua pelajar tidak kiralah sama ada pelajar sekolah ataupun pelajar IPT pasti ingin mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran masing-masing. Tambahan lagi, kejayaan dalam akademik sangat penting untuk menjamin kehidupan yang lebih selesa pada masa hadapan lebih-lebih lagi dalam zaman yang sangat mencabar dan banyak persaingan kini.


Akan tetapi, untuk berjaya dalam hidup, kita juga perlukan usaha yang gigih dan yang paling penting KEIZINAN ALLAH...Walau sekuat mana pun kita berusaha tetapi jika ALLAH tidak izinkan, maka kita juga tidak mampu untuk berjaya sendiri. Oleh itu, di sini saya ingin menekankan kepentingan konsep DUIT. 


D = DOA
U = USAHA
I = ISTIQAMAH
T = TAWAKKAL


Konsep di atas akan menjamin kejayaan kita dalam segala aspek kehidupan asalkan dalam setiap azam atau keinginan kita, kita sertakan dengan DUIT. 


1 - DOA adalah senjata utama bagi umat Islam, dengan berDOA jugalah kita mengukuhkan dan menjaga hubungan kita dengan ALLAH dan apabila hubungan dengan ALLAH kita jaga dengan baik, maka segala urusan kita di muka bumi ALLAH ini juga akan menjadi baik kerana ALLAH yang menjagakannya untuk kita.


2 - USAHA pula adalah elemen yang sangat penting bagi mencapai kejayaan, tanpa USAHA kita tidak akan mendapat apa-apa pun. Oleh itu, kita mesti tidak sesekali berputus asa atau menyerah kalah dalam mencapai apa yang dihajatkan. Bak kata pepatah "jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya."


3 - ISTIQAMAH bermaksud melakukan sesuatu usaha secara berterusan. Maksud di sini, kita perlu berterusan dalam berusaha mencapai cita-cita kita tanpa berasa jemu. Walaupun diuji dengan kegagalan atau dugaan-dugaan yang mendatang, kita perlu tetap ISTIQAMAH dan jangan sesekali berputus asa. Kadangkala kita sering menangis mencari ke mana hilangnya matahari ketika hujan turun membasahi kita, akhirnya barulah kita sedar rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. Maksudnya, sesuatu kejayaan itu ALLAH takkan bagi dengan mudah, sebaliknya ALLAH akan berikan kita beberapa ujian sebelum kita berjaya supaya kita akan lebih merasa betapa nikmatnya mencapai kejayaan setelah melalui pelbagai ranjau. :)


4 - TAWAKKAL adalah antara yang terpenting dalam segala hal tetapi manusia sering lupa untuk berTAWAKKAL kepada ALLAH. TAWAKKAL bererti menyerahkan diri dan segala keputusan ataupun pasrah kepada ALLAH. Sebagai hamba ALLAH yang kerdil, kita perlu sentiasa berTAWAKKAL kepada ALLAH agar apabila setelah kita berusaha keras tetapi masih menemui kegagalan kelak kita tidak akan berasa kecewa ssedikit pun kerana kita tahu bahawa apa yang ALLAH beri dan takdirkan untuk kita adalah yang terbaik untuk diri kita dan Sesungguhnya Setiap Sesuatu Yang Berlaku Itu Ada Hikmahnya...






Antara TINDAKAN PELAJAR CEMERLANG yang patut kita contohi ialah: 

  1. Bangun awal pagi untuk QIAMULAIL dan menunaikan Solat Subuh
  2. Persiapan awal dengan membaca buku terlebih dahulu sebelum kelas atau kuliah
  3. Sentiasa bersiap sedia, ceria dan bersemangat untuk ke kelas
  4. Sentiasa awal ke kelas
  5. Sentiasa memilih tempat duduk di bahagian hadapan
  6. Sering bertanya kepada guru atau pensyarah jika tidak dapat memahami apa yang diajar
  7. Menjadi orang yang paling awal menyiapkan assignment dengan USAHA sendiri, bukan "copy & paste"
  8. Paling awal membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan
  9. Mendahului orang lain dalam pencapaian peperiksaan
  10. Menjaga hubungan baik dengan guru dan pensyarah dan menghormati serta tidak mengumpat mereka
  11. Sentiasa berdisiplin
  12. Menjaga adab-adab belajar
  13. Menjaga tanggungjawab sebagai seorang ISLAM dengan sempurna seperti solat di awal waktu
Semoga sedikit maklumat di sini dapat membantu anda menjadi pelajar yang berjaya kelak jika anda menghayatinya, INSYA-ALLAH :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan