ahlan wasahlan!

selamat datang!

Khamis, 23 Disember 2010

Tips Kesihatan

1 - Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik.

  • Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh memecahkan lemak yang terkumpul di dalam badan.    Buktinya, kebanyakan orang yang mengamalkan mandi sebelum subuh badannya tidak gemuk.

    2 - Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk yang bukan air ais, setiap pagi.

    •  Insya-Allah susah nak kena penyakit




      3 - Disunatkan bertafakur, sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa.

      • Ia boleh membantu mengelakkan sakit kepala atau migrain. Terbukti oleh kajian para saintis yang mengkaji mengapa dalam sehari kita perlu bersujud. Para sintis telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang darah hanya akan memenuhinya ketika kita bersujud. 




      4 - Tidak makan makanan darat bercampur makanan laut. Sebagai contoh, nabi ada menegah kita makan ikan bersama ayam, kerana dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit.

      • Terdapat saintis yang menemui bahawa badan ayam mengandungi ion+ manakala badan ikan mengandungi ion-, jadi sekiranya dalam suapan ayam ada juga ikan maka akan terjadi tindak balas biokimia yang boleh merosakkan usus kita.

      5 - Sebaiknya ketika makan gunalah tangan daripada guna sudu, dan setelah selesai makan jilatlah jari-jari anda.

      • Enzim banyak terkandung di celah-celah jari, iaitu 10 kali ganda yang terdapat dalam air liur. 

      Sabtu, 18 Disember 2010

      (^_^) sharing (^_^)




      Watch your thoughts
      for they become words,
      Choose your words
      for they become actions,
      Understand your actions
      for they become habits,
      Study you habits
      for they will become you character,
      Develop your character
      for it will become your destiny... 


      Renungan

      Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang , satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang, tetapi ia akan mengambil masa sepanjang hayat untuk melupakan seseorang...




      Apabila anda menyintai seseorang, jangan sesekali mengharapkan dia juga akan menyintai anda sebagaimana anda menyintainya sepenuh hati, nantikan saja cinta itu untuk mekar di dalam hati mereka, tapi sekiranya ia tidak berlaku, pastikanlah cinta itu terus mekar di dalam hati anda.

      Mungkin Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah sebelum menemukan kita dengan insan yang betul, supaya apabila kita menemui insan yang betul itu kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.




      Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, Allah akan membukakan pintu lain, tetapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama sehingga kita tidak nampak pintu lain yang Allah telah bukakan untuk kita.


      Kita selalunya tidak menghargai apa yang kita miliki sehinggalah kita kehilangannya, dan kita selalu tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah "ia" datang...


      Kawan yang paling baik adalah seseorang yang boleh duduk di dalam buaian bersama-sama kita dan berbuai tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.




      Kebahagiaan terletak pada mereka yang menangis, mereka yang telah mencari, dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh kehidupan mereka.




      Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan masa lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehinggalah anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam anda.

      Carilah seseorang yang boleh membuatkan anda tersenyum dan membuatkan hati anda juga turut sama tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram... 




      Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk menjadikan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah insan, dan harapan yang cukup untuk membuat diri anda bahagia.

      Ketika kita dilahirkan, kita yang menangis dan orang-orang di sekeliling kita tersenyum bahagia. Jadi, teruskanlah kehidupan kita dengan baik semasa hidup supaya apabila kita mati nanti, kita pula yang tersenyum ketika orang-orang di sekeliling kita menangisi pemergian kita. 


      *kata-kata yang saya ambil daripada hasil pembacaan saya...

      Jumaat, 17 Disember 2010

      Wahai Wanita

      Sesungguhnya Allah menjadikan wanita untuk menghiasi bumi ini kerana tanpa wanita dunia ini terasa sepi dan hambar untuk didiami. Sedangkan Nabi Adam a.s. sendiri berasa tidak seronok dan gelisah tinggal sendirian walaupun di syurga yang cukup indah dan sempurna dengan pelbagai kenikmatan. Lalu, Nabi Adam a.s. memohon kepada Allah agar dikurniakan seorang teman untuk berbicara, bergurau senda serta membina sahsiahnya, maka terciptalah Siti Hawa daripada tulang rusuk kiri Nabi Adam a.s. lantas semua kenikmatan syurga terasa wujud...




      Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan kaum hawa daripada tulang rusuk kiri kaum adam, bukan daripada tempat yang tinggi untuk dijunjung, bukan juga daripada kaki untuk dipijak atau ditindas, tetapi daripada tulang rusuk yang dekat dengan tangan untuk dibelai dan dekat dengan hati untuk disayangi dan dikasihi. Oleh itu, wanita seharusnya disayangi oleh lelaki, bukannya dipuja ataupun ditindas sesuka hati.





      Lihatlah Peranan Wanita-Wanita Hebat Ini...


      - Siti Khadijah r.a., tanpanya Rasulullah s.a.w. barangkali tidak mendapat dorongan yang sangat diperlukan untuk terus bangkit dan berjuang menyebarkan agama Islam.


      - Siti Aisyah r.a., tanpanya hadith-hadith Rasulullah s.a.w. kemungkinan tidak tersebar kepada seluruh umat Islam terdahulu hingga kini.


      - Fatimah Az-Zahrah, tanpanya Saidina Ali r.a. mungkin tidak akan menjadi menantu kesayangan Rasulullah s.a.w. dan juga khalifah Allah yang hebat.


      - Asiah, tanpanya mungkin nasib Nabi Musa a.s. tidak terbela sejak bayi dan mungkin tidak menjadi penentang kepada suaminya sendiri Firaun yang kufur itu.


      - Masyitah, tanpanya mungkin tidak terbukti betapa wanita sangat hebat dan boleh berpegang teguh pada keimanan walaupun maut menanti di depan matanya saja.


      Dan, tanpa semua wanita, siapalah lelaki kerana lelaki juga akan lahir daripada perut ibunya yang juga adalah wanita...








      Rahsia Wanita Yang Patut Diketahui Oleh Kaum Adam

      1 - Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi tidak menitiskan air mata, itu maksudnya dia sedang menangis di dalam hatinya.



      2 - Wanita sukar mencari benda yang dibenci tentang orang yang dia sayang.

      3 - Wanita secara lumrahnya sukakan pujian tetapi tidak tahu macam mana nak menerima pujian itu.

      4 - Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa, melalui muzik, puisi, tulisan, dan juga lukisan.

      5 - Jika bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

      6 - Semua wanita mahukan lelaki yang mencintai mereka sepenuh hati.

      7 - Cinta pada wanita bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur, dan kebahgiaan tanpa sebarang kompromi.

      8 - Satu ucapan "Hi" sahaja daripada seseorang yang disukainya sudah boleh membuatkan dia bahagia sepanjang hari dan senyum hingga ke telinga. :)

      9 - Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita adalah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya.

      10 - Bila pertama kali lelaki yang disukainya memberi respon positif, contohnya menelefonnya, si gadis akan  bersikap acuh tak acuh, tetapi sebaik saja telefon diletak, hati si gadis akan menjerit keriangan..haha..


      11 - Jika menyukai seseorang wanita, cuba mulakan dengan persahabatan, biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

      12 - Jika seorang wanita itu sering memberikan alasan setiap kali kamu ajak keluar, maknanya dia memang tak berminat denganmu.

      13 - Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakan oleh wanita itu!! Tanya dia sendiri!!

      14 - Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ini tak berguna langsung!! Padah menanti kamu..

      15 - Senjata wanita adalah air mata...

       

      Pakwe & Makwe

      Setelah membaca buku "RAHSIA CEMERLANG DI IPT" hasil penulisan Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah terbitan "Telaga Biru" saya tertarik untuk berkongsi sedikit ilmu yang saya dapat daripadanya iaitu ilmu "Panduan Mengenali Pasangan." 


      Tentu anda berasa hairan kan...hehe...




      Ianya normal dan lumrah bahawa setiap insan mempunyai perasaan ingin menyayangi dan disayangi. Lebih-lebih lagi pada usia remaja, keinginan untuk bercinta itu normal. 


      "Seorang pencinta itu bukanlah orang yang mengharapkan timbalan atau balasan daripada orang yang dicintainya, kerana orang yang mencintaimu adalah orang yang berkorban untukmu, dan bukan orang yang engkau terpaksa berkorban untuknya."
       Syeikh Ibn Athaillah Al-Sakandari, Al-Hikam

      Oleh itu, jadikanlah takrif di atas sebagai panduan sekiranya anda sudah terjebak dengan percintaan dan merasa keliru sama ada cinta anda diredhai Allah ataupun tidak..

      Berikut adalah apa yang saya dapat daripada buku "RAHSIA CEMERLANG DI IPT" hasil penulisan Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah tentang "Panduan Mengenali Pasangan." 



      Makwe anda belum benar-benar mencintai anda jika:
      • Sering mengajak anda keluar berjalan-jalan (buang masa)
      • Sering meminta anda membelanjanya makan dan shopping
      • Asyik menghubungi anda siang dan malam
      • Ingin mengikut anda ke mana sahaja anda pergi
      • Selalu meminta anda menyiapkan assignmentnya
      • Tidak pernah mengingatkan anda untuk bersolat apabila tiba waktunya
      • Tidak berminat berbincang soal pelajaran dengan anda
      • Tidak berminat berbincang soal agama dengan anda
      *Jika beginilah sikap makwe anda, jelas bahawa dia tidak ikhlas menyayangi anda sebaliknya lebih menyayangi poket anda...jika diteruskan hubungan dengan makwe sebegini maka bukan poket anda sahaja yang kering, nanti pelajaran anda juga akan terjejas...



      Pakwe anda belum benar-benar mencintai anda jika:
      • Sering mengganggu dengan menelefon atau SMS ketika anda mengulangkaji pelajaran
      • Sering mengajak anda ke tempat-tempat sunyi
      • Cuba mencium anda walaupun anda sering memberikannya amaran keras
      • Suka memegang tangan anda 
      • Selalu meminta anda menyiapkan assignmentnya
      • Banyak alasan dan tidak ikhlas menolong anda
      • Sering meminta anda membelanjanya makan atau top-up 
      • Tidak membenarkan anda bersama lelaki lain walaupun untuk study group
      • Bercakap isu-isu 18SX (lucah) dengan anda tanpa perasaan malu
      • Tidak berminat berbincang soal pelajaran dengan anda
      • Tidak berminat berbincang soal agama dengan anda
      *Jangan segan-segan untuk memutuskan hubungan dengan pakwe yang mempunyai ciri-ciri di atas kerana dia juga tidak jujur terhadap anda dan "cinta"nya hanya bertunjangkan nafsu semata-mata. Dia tidak mengambil berat terhadap pelajaran anda, oleh itu dia tidak layak menjadi suami yang baik yang akan membimbing anda dan keluarga anda kelak. jika hubungan ini diteruskan, maka anda bukan sahaja keciciran dalam pelajaran, anda juga merosakkan maruah dan kesucian diri anda sendiri...


      Jadi,bagaimana dengan anda..? bagi pelajar-pelajar yang masih belum mempunyai pakwe ataupun makwe, tak perlulah pula anda mencari kerana keutamaan anda adalah terhadap pelajaran dan janganlah pula risau tentang jodoh kerana perjalanan hidup anda masih jauh lagi, jadi berusaha bersungguh-sungguh dulu untuk berjaya dalam kerjaya dan kehidupan anda, kemudian setelah berjaya barulah mencari pasangan hidup. Sesungguhnya Allah s.w.t. pun sudah berjanji di dalam Surah An-Nur ayat 26: 

      "perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat, dan sebaliknya perempuan-perempuan yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih daripada tuduhan buruk yang dikatakan oleh orang-orang, mereka (yang baik) itu menerima pengampunan daripada Allah."



      "Study Smart Pray Hard"

      Di sini kali ini saya ingin berkongsi beberapa maklumat tentang bagaimana untuk menjadi pelajar yang cemerlang.  Sudah tentu semua pelajar tidak kiralah sama ada pelajar sekolah ataupun pelajar IPT pasti ingin mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran masing-masing. Tambahan lagi, kejayaan dalam akademik sangat penting untuk menjamin kehidupan yang lebih selesa pada masa hadapan lebih-lebih lagi dalam zaman yang sangat mencabar dan banyak persaingan kini.


      Akan tetapi, untuk berjaya dalam hidup, kita juga perlukan usaha yang gigih dan yang paling penting KEIZINAN ALLAH...Walau sekuat mana pun kita berusaha tetapi jika ALLAH tidak izinkan, maka kita juga tidak mampu untuk berjaya sendiri. Oleh itu, di sini saya ingin menekankan kepentingan konsep DUIT. 


      D = DOA
      U = USAHA
      I = ISTIQAMAH
      T = TAWAKKAL


      Konsep di atas akan menjamin kejayaan kita dalam segala aspek kehidupan asalkan dalam setiap azam atau keinginan kita, kita sertakan dengan DUIT. 


      1 - DOA adalah senjata utama bagi umat Islam, dengan berDOA jugalah kita mengukuhkan dan menjaga hubungan kita dengan ALLAH dan apabila hubungan dengan ALLAH kita jaga dengan baik, maka segala urusan kita di muka bumi ALLAH ini juga akan menjadi baik kerana ALLAH yang menjagakannya untuk kita.


      2 - USAHA pula adalah elemen yang sangat penting bagi mencapai kejayaan, tanpa USAHA kita tidak akan mendapat apa-apa pun. Oleh itu, kita mesti tidak sesekali berputus asa atau menyerah kalah dalam mencapai apa yang dihajatkan. Bak kata pepatah "jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya."


      3 - ISTIQAMAH bermaksud melakukan sesuatu usaha secara berterusan. Maksud di sini, kita perlu berterusan dalam berusaha mencapai cita-cita kita tanpa berasa jemu. Walaupun diuji dengan kegagalan atau dugaan-dugaan yang mendatang, kita perlu tetap ISTIQAMAH dan jangan sesekali berputus asa. Kadangkala kita sering menangis mencari ke mana hilangnya matahari ketika hujan turun membasahi kita, akhirnya barulah kita sedar rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. Maksudnya, sesuatu kejayaan itu ALLAH takkan bagi dengan mudah, sebaliknya ALLAH akan berikan kita beberapa ujian sebelum kita berjaya supaya kita akan lebih merasa betapa nikmatnya mencapai kejayaan setelah melalui pelbagai ranjau. :)


      4 - TAWAKKAL adalah antara yang terpenting dalam segala hal tetapi manusia sering lupa untuk berTAWAKKAL kepada ALLAH. TAWAKKAL bererti menyerahkan diri dan segala keputusan ataupun pasrah kepada ALLAH. Sebagai hamba ALLAH yang kerdil, kita perlu sentiasa berTAWAKKAL kepada ALLAH agar apabila setelah kita berusaha keras tetapi masih menemui kegagalan kelak kita tidak akan berasa kecewa ssedikit pun kerana kita tahu bahawa apa yang ALLAH beri dan takdirkan untuk kita adalah yang terbaik untuk diri kita dan Sesungguhnya Setiap Sesuatu Yang Berlaku Itu Ada Hikmahnya...






      Antara TINDAKAN PELAJAR CEMERLANG yang patut kita contohi ialah: 

      1. Bangun awal pagi untuk QIAMULAIL dan menunaikan Solat Subuh
      2. Persiapan awal dengan membaca buku terlebih dahulu sebelum kelas atau kuliah
      3. Sentiasa bersiap sedia, ceria dan bersemangat untuk ke kelas
      4. Sentiasa awal ke kelas
      5. Sentiasa memilih tempat duduk di bahagian hadapan
      6. Sering bertanya kepada guru atau pensyarah jika tidak dapat memahami apa yang diajar
      7. Menjadi orang yang paling awal menyiapkan assignment dengan USAHA sendiri, bukan "copy & paste"
      8. Paling awal membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan
      9. Mendahului orang lain dalam pencapaian peperiksaan
      10. Menjaga hubungan baik dengan guru dan pensyarah dan menghormati serta tidak mengumpat mereka
      11. Sentiasa berdisiplin
      12. Menjaga adab-adab belajar
      13. Menjaga tanggungjawab sebagai seorang ISLAM dengan sempurna seperti solat di awal waktu
      Semoga sedikit maklumat di sini dapat membantu anda menjadi pelajar yang berjaya kelak jika anda menghayatinya, INSYA-ALLAH :)


      Selasa, 14 Disember 2010

      Mengenal Mukmin Sejati

      Cara mengenal Mukmin Sejati adalah melalui sifat-sifat yang terdapat pada dirinya. Yahya Bin Muadz r.a. telah menyenaraikan lebih kurang 330 sifat yang biasanya terdapat pada Mukmin Sejati. Oleh itu saya ingin berkongsi sedikit tentang sifat-sifat yang terdapat dalam diri "Mukmin Sejati". Antaranya ialah :

      1. Kekasihnya hanya Allah
      2. Setiap usaha yang dilakukan adalah untuk bekalan akhirat
      3. Kasih pada Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya
      4. Sentiasa bersyukur kepada Allah
      5. Sentiasa redha pada Allah walaupun rezekinya selalu disempitkan oleh Allah
      6. Sentiasa bekerja
      7. Suka pada kerja-kerja kebaikan
      8. Jujur
      9. Tenang
      10. Sabar
      11. Menghidupkan silaturrahim
      12. Menjaga kehormatan diri
      13. Sopan-santun
      14. Belas kasihan
      15. tidak mempunyai perasaan dengki dan khianat
      16. Selalu suka atau cinta kerana allah, benci pun kerana Allah
      17. Rela akan sesuatu perkara kerana Allah
      18. Selalu berbekal dengan taqwa
      19. Apa-apa yang dilakukan tidak tergesa-gesa
      20. Tidak suka berangan-angan
      21. Kurang tidur dan banyak beribadat
      22. Suka berzikir dan mengingati Allah
      23. Tidak mengharapkan pujian manusia
      24. Tidak mengumpat
      25. Tidak suka mengutuk orang lain
      26. Tidak suka memaki hamun
      27. Tidak membuat fitnah
      28. Tidak sombong dan bongkak
      29. Tidak suka bangga diri
      30. Tidak kedekut

      Melalui senarai pendek di atas kita boleh mengenal "Mukmin Sejati". Selain itu, kita juga boleh berusaha menyemai sifat-sifat tersebut dalam diri sendiri dan berusaha menjadi "Mukmin Sejati" untuk mendapatkan keredhaan Allah dan untuk akhirat kelak =)