ahlan wasahlan!

selamat datang!

Jumaat, 17 Disember 2010

Pakwe & Makwe

Setelah membaca buku "RAHSIA CEMERLANG DI IPT" hasil penulisan Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah terbitan "Telaga Biru" saya tertarik untuk berkongsi sedikit ilmu yang saya dapat daripadanya iaitu ilmu "Panduan Mengenali Pasangan." 


Tentu anda berasa hairan kan...hehe...




Ianya normal dan lumrah bahawa setiap insan mempunyai perasaan ingin menyayangi dan disayangi. Lebih-lebih lagi pada usia remaja, keinginan untuk bercinta itu normal. 


"Seorang pencinta itu bukanlah orang yang mengharapkan timbalan atau balasan daripada orang yang dicintainya, kerana orang yang mencintaimu adalah orang yang berkorban untukmu, dan bukan orang yang engkau terpaksa berkorban untuknya."
 Syeikh Ibn Athaillah Al-Sakandari, Al-Hikam

Oleh itu, jadikanlah takrif di atas sebagai panduan sekiranya anda sudah terjebak dengan percintaan dan merasa keliru sama ada cinta anda diredhai Allah ataupun tidak..

Berikut adalah apa yang saya dapat daripada buku "RAHSIA CEMERLANG DI IPT" hasil penulisan Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah tentang "Panduan Mengenali Pasangan." 



Makwe anda belum benar-benar mencintai anda jika:
  • Sering mengajak anda keluar berjalan-jalan (buang masa)
  • Sering meminta anda membelanjanya makan dan shopping
  • Asyik menghubungi anda siang dan malam
  • Ingin mengikut anda ke mana sahaja anda pergi
  • Selalu meminta anda menyiapkan assignmentnya
  • Tidak pernah mengingatkan anda untuk bersolat apabila tiba waktunya
  • Tidak berminat berbincang soal pelajaran dengan anda
  • Tidak berminat berbincang soal agama dengan anda
*Jika beginilah sikap makwe anda, jelas bahawa dia tidak ikhlas menyayangi anda sebaliknya lebih menyayangi poket anda...jika diteruskan hubungan dengan makwe sebegini maka bukan poket anda sahaja yang kering, nanti pelajaran anda juga akan terjejas...



Pakwe anda belum benar-benar mencintai anda jika:
  • Sering mengganggu dengan menelefon atau SMS ketika anda mengulangkaji pelajaran
  • Sering mengajak anda ke tempat-tempat sunyi
  • Cuba mencium anda walaupun anda sering memberikannya amaran keras
  • Suka memegang tangan anda 
  • Selalu meminta anda menyiapkan assignmentnya
  • Banyak alasan dan tidak ikhlas menolong anda
  • Sering meminta anda membelanjanya makan atau top-up 
  • Tidak membenarkan anda bersama lelaki lain walaupun untuk study group
  • Bercakap isu-isu 18SX (lucah) dengan anda tanpa perasaan malu
  • Tidak berminat berbincang soal pelajaran dengan anda
  • Tidak berminat berbincang soal agama dengan anda
*Jangan segan-segan untuk memutuskan hubungan dengan pakwe yang mempunyai ciri-ciri di atas kerana dia juga tidak jujur terhadap anda dan "cinta"nya hanya bertunjangkan nafsu semata-mata. Dia tidak mengambil berat terhadap pelajaran anda, oleh itu dia tidak layak menjadi suami yang baik yang akan membimbing anda dan keluarga anda kelak. jika hubungan ini diteruskan, maka anda bukan sahaja keciciran dalam pelajaran, anda juga merosakkan maruah dan kesucian diri anda sendiri...


Jadi,bagaimana dengan anda..? bagi pelajar-pelajar yang masih belum mempunyai pakwe ataupun makwe, tak perlulah pula anda mencari kerana keutamaan anda adalah terhadap pelajaran dan janganlah pula risau tentang jodoh kerana perjalanan hidup anda masih jauh lagi, jadi berusaha bersungguh-sungguh dulu untuk berjaya dalam kerjaya dan kehidupan anda, kemudian setelah berjaya barulah mencari pasangan hidup. Sesungguhnya Allah s.w.t. pun sudah berjanji di dalam Surah An-Nur ayat 26: 

"perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat, dan sebaliknya perempuan-perempuan yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih daripada tuduhan buruk yang dikatakan oleh orang-orang, mereka (yang baik) itu menerima pengampunan daripada Allah."



Tiada ulasan:

Catat Ulasan