ahlan wasahlan!

selamat datang!

Sabtu, 18 Disember 2010

Renungan

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang , satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang, tetapi ia akan mengambil masa sepanjang hayat untuk melupakan seseorang...




Apabila anda menyintai seseorang, jangan sesekali mengharapkan dia juga akan menyintai anda sebagaimana anda menyintainya sepenuh hati, nantikan saja cinta itu untuk mekar di dalam hati mereka, tapi sekiranya ia tidak berlaku, pastikanlah cinta itu terus mekar di dalam hati anda.

Mungkin Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah sebelum menemukan kita dengan insan yang betul, supaya apabila kita menemui insan yang betul itu kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.




Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, Allah akan membukakan pintu lain, tetapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama sehingga kita tidak nampak pintu lain yang Allah telah bukakan untuk kita.


Kita selalunya tidak menghargai apa yang kita miliki sehinggalah kita kehilangannya, dan kita selalu tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah "ia" datang...


Kawan yang paling baik adalah seseorang yang boleh duduk di dalam buaian bersama-sama kita dan berbuai tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.




Kebahagiaan terletak pada mereka yang menangis, mereka yang telah mencari, dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh kehidupan mereka.




Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan masa lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehinggalah anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam anda.

Carilah seseorang yang boleh membuatkan anda tersenyum dan membuatkan hati anda juga turut sama tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram... 




Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk menjadikan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah insan, dan harapan yang cukup untuk membuat diri anda bahagia.

Ketika kita dilahirkan, kita yang menangis dan orang-orang di sekeliling kita tersenyum bahagia. Jadi, teruskanlah kehidupan kita dengan baik semasa hidup supaya apabila kita mati nanti, kita pula yang tersenyum ketika orang-orang di sekeliling kita menangisi pemergian kita. 


*kata-kata yang saya ambil daripada hasil pembacaan saya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan