ahlan wasahlan!

selamat datang!

Sabtu, 11 Disember 2010

kenapa mesti berkat

Keberkatan sangat penting dalam hidup setiap insan. kenapa agaknya ya?

Tentu anda ingin tahu mengapa "berkat " sangat penting dalam kehidupan kita kan..?

1-Ta'rif "BERKAT" menurut kamus Al-Marbawi adalah "bahagia dan manfaat".

2-Dalam Islam, keberkatan itu sangat penting kerana tanpanya hidup seseorang itu tidak mendapat kebahagiaan dan ketenangan yang sebenar walaupun dia mempunyai kemewahan serta kesenangan dalam hidupnya. Itulah hakikatnya.





3-Terjemahan daripada ayat Al-Quran yang menceritakan tentang keberkatan antaranya ialah:

(a)Firman Allah dalam Surah Al-An'am, ayat 155 yang maksudnya:

Dan ini sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan, yang ada berkatnya (banyak manfaatnya). Oleh itu, hendaklah kamu menurutnya; dan bertaqwalah (kepada Allah), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat.



(b)Firman Allah dalam Surah Al-A'raf, ayat 96 yang maksudnya:

Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.




4-Terbukti bahawa "BERKAT" sangat penting dalam kehidupan manusia. Tanpanya sudah tentu manusia tidak mampu hidup dengan tenang. Lihat saja golongan Kristian dan Yahudi, walaupun kehidupan mereka dilimpahi dengan kemewahan, kekayaan, dan kesenangan hidup tetapi mereka tetap saja tidak mampu menjalani kehidupan dengan tenang dan sering melakukan kerosakan serta pelbagai kemusnahan di atas muka bumi Allah ini. Itulah tanda kehidupan mereka tidak mendapat "BERKAT".

(a)Firman Allah dalam Surah Al-Maidah, ayat 78 yang maksudnya:

Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh.


5- Namun begitu tidak juga semua umat Islam mendapat "BERKAT" dalam kehidupan mereka. Mengapa ya? Pernahkah kita terfikir mengapa masih terdapat manusia yang mengaku menganut agama Islam tetapi tidak mendapat "BERKAT" dan kehidupan mereka juga tidak banyak bezanya dengan golongan Kafir dan Yahudi. Hal ini kerana terdapat beberapa perkara yang menghalang "BERKAT" itu untuk sampai kepada golongan Islam yang seperti ini, antaranya ialah:
  • kurangnya penghayatan Islam dan iman dalam hati mereka.
  • hidup bergelumang dosa dan maksiat.
  • terlalu sibuk mengejar dunia sehingga mengabaikan tanggungjawab sebenar sebagai khalifah di muka bumi Allah ini iaitu mendirikan solat, patuh segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNYA.
  • kurang mendapat didikan agama sejak kecil sehingga menyebabkan mereka sering memandang remeh hal-hal agama seperti solat fardhu dan puasa di bulan Ramadhan.
  • melakukan sesuatu perkara bukan kerana Allah, sebaliknya hanya untuk kepentingan diri sendiri.


6- Oleh itu, kita perlulah sentiasa berusaha mendapatkan "KEBERKATAN" daripada Allah dalam setiap apa jua perkara yang kita lakukan agar hidup kita sentiasa di bawah perlindungan rahmat dan kasih-sayang Allah

7-Sesungguhnya sesuatu yang BERKAT itu akan terasa sangat mencukupi walaupun pada asalnya ianya sedikit. =)






Tiada ulasan:

Catat Ulasan